Tuesday 8 March 2016

Latihan dan pemilihan murid pendidikan khas untuk kejohanan olahraga peringkat daerah 2016

Pada 2 Mac 2016 seramai 15 orang pelajar PPKI SMK Teluk Kumbar 2 diiringi dengan dua orang guru iaitu Cik Nur Azimah dan Pn.Siti Fatimah telah menyertai latihan dan pemilihan murid pendidikan khas untuk kejohanan olahraga  daerah bagi tahun 2016. Latihan dan pemilihan pelajar telah dijalankan dari pukul 8 pagi hingga 1 petang bertempat di padang SK Balik Pulau. Antara aktiviti dijalankan ialah larian 100 m,lontar peluru dan lompat jauh. Tujuan diadakan aktiviti tersebut ialah untuk menguji kredibiliti pelajar dalam sukan dan meningkatkan daya tahan diri mereka serta mewujudkan persaingan sihat antara mereka.






No comments:

Post a Comment