Tuesday 27 August 2013

PERKHEMAHAN PPKI 2013


 TEMPAT: Dusun Pak Sarib, Teluk Kumbar
TARIKH: 24 Ogos 2013
MASA: 7:30 pagi hingga 5 petang
Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) SMK Teluk Kumbar 2 buat pertama kali melaksanakan program Perkhemahan Badan Beruniform. Perkhemahan ini melibatkan 17 orang  guru dan pembantu dan 30 orang pelajar. Program perkhemahan ini berjalan dengan jayanya walaupun pertama kali diadakan atas usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua guru dan pembantu.Persekitaran  dusun yang dipenuhi dengan pokok buah-buahan dan hutan mewujudkan suasana perkhemahan yang sebenar dan dapat memberi pengalaman kepada pelajar merasai keindahan alam semulajadi dan dapat pengalaman di luar dari kawasan sekolah.

Pelajar, guru dan PPM berkumpul dan membaca doa.

Penerangan oleh Penyelaras Program Pn Siti Fatimah


Aktiviti perkhemahan dimulakan dengan senamrobik


Aktiviti memasang khemah dengan bimbingan  guru-guru. 


Gelagat guru dan Pelajar di hadapan khemah masing-masing

Aktiviti Ikhtiar Hidup Memasak

Aktiviti Halangan Mengambil belon dalam air menggunakan mulut 


Aktiviti  menghias mascot menggunakan bahan semulajadi mengikut kreativiti guru dan pelajar

Model-model maskot mempamerkan hasil kreativiti masing-masing

Ucapan alu-alauan dari  En Rusli, Tuan Pengetua SMK Teluk Kumbar 2 

Ucapan daripada pegawai Jabatan Pelajaran Daerah Barat Daya, Tuan Haji Izmi B Ismail untuk merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Berruniform PPKI, SMKTK 2.

Persembahan lagu Patriotik daripada pelajar 

Persembahan nyanyian lagu “Sahabat”

Persembahan Drama Muzikal

Persembahan  “Giyomi” yang kreatif.

Peserta Lelaki Terbaik dimenangi oleh Muhammad Syazwan

Peserta Perempuan terbaik jatuh pada Esther Fuan Ai Ling


Ibu bapa turut bersama menghadiri majlis penutup ini untuk menyaksikan persembahan daripada peserta PPKI.