Tuesday 29 January 2013

Perjumpaan Guru & Ibu Bapa 2013 serta Mesyuarat RPI kali Pertama

Tarikh : 12 Januari 2013
Masa :  8-12pm
Tempat : bilik mesyuarat SMK Teluk Kumbar II & Bengkel PKBP

Perjumpaan guru dan ibu bapa dimulakan dengan ucapan pengetua mengenai isu-isu yang diambil berat seperti masalah air sekolah, masalah gunting rambut dan lain-lain.

Seterusnya Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn Norlinda telah memberikan taklimat kurikulum, kokurikulum, aktiviti kelas dan aktiviti luar sekolah, elaun serta beberapa isu PKBP di SMK Teluk Kumbar 2 seperti peningkatan jumlah pelajar dan kekurangan pembantu dan guru PKBP.



Sesi Soal Jawab dibuka untuk semua ibu bapa. Ibu bapa mengambil berat tentang isu disiplin di sekolah ini dan tampungan wang perbelanjaan untuk aktiviti luar juga ditetapkan kepada RM10.


Selepas Jamuan, Mesyuarat RPI telah diadakan di bengkel PKBP. Semua guru kelas telah berjumpa dengan waris untuk membincang Rancangan Pengajaran Individu dengan ibu bapa masing-masing.