Wednesday 30 November 2011

Klinik Futsal dan Petanque Pendidikan Khas

8 orang pelajar(5 lelaki dan 3 perempuan)PKBP SMK Teluk Kumbar 2 telah menyertai Klinik Futsal dan Petanque Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas JPNPP di SMPK Persekutuan Pulau Pinang pada 11 dan 12 Nov 2011. Pelajar lelaki berpeluang mempelajari cara bermain futsal yang betul serta menyertai perlawanan futsal bersama dengan pelajar PKBP sekolah lain dan pelajar SMPK yang diadakan pada hari ke-2, manakala pelajar perempuan pula mempelajari cara bermain Petanque Pendidikan Khas bersama dengan pelajar PKBP sekolah lain  dan pelajar SMPK.

                                                         


                                                         Pertandingan Petanque.
        Siti Rosmah bt Ahmad dan Nur Farhana Azwa bt Adnan sedang menunggu giliran untuk bermain.

5 sekawan dari SMK Teluk Kumbar 2. Bergambar sebelum mulanya Klinik Futsal.


 NURJANNAH BT. ROHIDZAT  dari SMK Teluk Kumbar 2 telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Petanque yang diadakan. Hadiah disampaikan oleh En. Fadzil b. Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Khas, PJNPP. 

 Semua peserta Klinik Futsal dan Petanque Pendidikan Khas SMK Teluk Kumbar 2 bergambar bersama En. Fadzil b. Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Khas, PJNPP serta PK Pendidikan Khas dan guru pengiring. 

Latar Belakang PKBP SMK Teluk Kumbar 2

Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Teluk Kumbar  II dimulakan pada 2 Jan 2005.


位于槟州直落公巴的直落公巴第2国中是槟州西南区唯一一所提供有学习障碍特殊教育班让区内中学生就读的政府中学。始于2005年,但鲜为华社所知。凡年龄13至19岁,医生证明有学习障碍者就可向教育局提出要求就读。直落公巴第2国中的特殊教育设备完善,师资充足。就读特殊教育班的学生每个月可领政府的RM150津贴。


Falsafah PKBP SMK Teluk Kumbar 2
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum demi menjadikan mereka insan yang dapat berdikariberilmu pengetahuanberakhlak muliadan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Moto PKBP SMK Teluk Kumbar II
Berakhlak dan Berdikari
特教学生:"有道德, 能自立“

Visi PKBP SMK Teluk Kumbar II 
Menjadi Program antara 5 terbaik di Pulau Pinang

Misi PKBP SMK Teluk Kumbar II
1。Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan boleh berdikari dan berbakti kepada masyarakat.
2。Memperkembangkan potensi pelajar ke tahap maksimum.
3。Menggunakan masa dan sumber yang sedia ada secara cekap dan berkesan menerusi pentadbiran dan pengurusan yang efisien.
4。Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
5。Merapatkan hubungan dan menjalinkan kerjasama antara pihak sekolah dengan PIBG, pertubuhan-pertubuhan sukarela bukan kerajaanagensi-agensi kerajaan dan swasta.