Friday 15 November 2013

PROGRAM SPECIAL TALENT SMK TELUK KUMBAR 2


Tarikh:12 November 2013 
Masa: 9.00 pagi 
Tempat :Dewan Cornwalis Hotel Royal, Georgetown Pulau Pinang

 SMK Teluk Kumbar 2 telah menganjurkan Program “Special Talent” untuk pelajar-pelajar  Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran kali ke 3. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Nordin Bin Ahmad ADUN Bayan Lepas telah sudi  hadir dan seterusnya  merasmikan program tersebut.
Turut menyerikan lagi program ini ialah dengan kehadiran wakil dari JPN ,Pn Rusnida bt Shariff dan wakil dari PPD Barat Daya Puan Fauziah bt Saad serta Yang Dipertua PIBG SMKTK2 En. Norhan bin Shuib. Pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan pelajar seperti  Tarian Jogy, nyanyian nasyid, drama muzikal dan nyanyian dalam tarian. Disamping itu acara Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah, Sijil dan Cenderahati kepada tetamu dan pelajar serta sambutan hari Jadi turut memeriahkan lagi suasana majlis tersebut. Selain cenderahati kepada pelajar yang bakal menamatkan pengajian, cenderahati juga diberikan kepada pelajar seperti Anugerah Nilam, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Anugerah Kehadiran Terbaik. Ibu bapa pelajar juga telah turut serta memberi sokongan dengan menghadiri majlis tersebut. 
                Pihak sekolah khususnya PPKI  ingin merakamkan ribuan  ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan kerjasama  secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program “Special Talent” untuk kali yang ketiga ini. Program ini telah berjalan dengan lancar dan telah  dilaksanakan dengan jayanya.  Program ini telah berakhir pada jam 1.00 tengahari selepas acara sesi bergambar.

Persiapan pelajar yang akan membuat persembahan

Juru Acara Majlis

Anugerah Kokurikulum, Program nilam, sijil berhenti kepada pelajar

Penyampaian cenderahati kepada Pn Fauziah

Persembahan Nasyid
Persembahan Tarian Lagu Bosa Nova
Tarian Arab Parsi

Lakonan Drama Muzikal


Laporan Aktiviti Tahunan daripada Penolong Kanan Pendidikan Khas Pn Norlinda

Perasmian daripada Yang Amat Berhormat Tuan Haji Nordin Bin Ahmad ADUN Bayan Lepas


Tuesday 8 October 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan: Asas Teknikal Kejurulatihan Olahraga Paralimpik

Tarikh                    : 1 October 2013 (Selasa)
Tempat                  : Bengkel PPKI, Belakang Kantin SMK Teluk Kumbar 2
Masa                      : 2.00- 6.00 petang
Anjuran                 :Setiausaha Sukan PPKI, SMK Teluk Kumbar 2 

Sesi Praktikal

 LDP yang disampaikan oleh Cikgu Lim Yan Shiang yang telah menghadiri Kursus Asas Teknikal Kejurulatihan Olahraga Paralimpik 2013 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang


Warm Up dinamik

Sesi Tayangan Video

Latihan Dalam Perkhidmatan ini memperkenalkan acara paralimpik serta teknikal asas yang merangkumi teknik lari, lompat dan lontar, cara senaman memanas badan dan menyejukan badan, prinsip dan teori kejurulatihan, sesi training, kitaran mikro , perkembangan atlet, anatomi, biomekanik dan sistem tenaga.

Monday 23 September 2013

Program Adaptasi dan Sosialisasi Pelajar Pendidikan Khas

Hari: Rabu
Tarikh: 18.9.2013
Masa: 7.30 pagi hingga 12.30 tgh
Tentatif Program

8.30 pg     - Bertolak dari SMK Teluk Kumbar 2 ke Queensbay Mall.
9.00 pg     - Mengadakan aktiviti rekreasi di tepi pantai
10.00 pg   - Guided shopping di Pasaraya Aeon
11.00 pg   - Melawat dan aktiviti membeli buku di kedai buku Popular
11.30 pg    - Makan di KFC Queensbay
 





    12.30 tgh   - Bertolak dari Queensbay Mall  ke SMK Teluk Kumbar


Gambar bersama di hadapan queensbay
Pekerja yang mesra memperkenalkan jenis ikan bersama harganya

Pelajar membuat bayaran sendiri

Belajar membaca Resit pembelanjaan


Sunday 1 September 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI JADI PPKI

TEMA: Majlis Sambutan Hari Raya & Hari Jadji PPKI
MASA: 7:30-12:30PM
TEMPAT : Bengkel SMK Teluk Kumbar 2
Bacaan Yasin daripada Syazwan PPKI 1


Add caption

Ucapan daripada Tuan Pengetua En Rusli

Hadiah Hari Jadi Pelajar 

Persembahan Nyanyian Lagu Raya

Persembahan Nyanyian Lagu Raya Kumpulan berpasangan

Muka ceria pelajar 

Makan Bersama

Tuesday 27 August 2013

PERKHEMAHAN PPKI 2013


 TEMPAT: Dusun Pak Sarib, Teluk Kumbar
TARIKH: 24 Ogos 2013
MASA: 7:30 pagi hingga 5 petang
Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) SMK Teluk Kumbar 2 buat pertama kali melaksanakan program Perkhemahan Badan Beruniform. Perkhemahan ini melibatkan 17 orang  guru dan pembantu dan 30 orang pelajar. Program perkhemahan ini berjalan dengan jayanya walaupun pertama kali diadakan atas usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua guru dan pembantu.Persekitaran  dusun yang dipenuhi dengan pokok buah-buahan dan hutan mewujudkan suasana perkhemahan yang sebenar dan dapat memberi pengalaman kepada pelajar merasai keindahan alam semulajadi dan dapat pengalaman di luar dari kawasan sekolah.

Pelajar, guru dan PPM berkumpul dan membaca doa.

Penerangan oleh Penyelaras Program Pn Siti Fatimah


Aktiviti perkhemahan dimulakan dengan senamrobik


Aktiviti memasang khemah dengan bimbingan  guru-guru. 


Gelagat guru dan Pelajar di hadapan khemah masing-masing

Aktiviti Ikhtiar Hidup Memasak

Aktiviti Halangan Mengambil belon dalam air menggunakan mulut 


Aktiviti  menghias mascot menggunakan bahan semulajadi mengikut kreativiti guru dan pelajar

Model-model maskot mempamerkan hasil kreativiti masing-masing

Ucapan alu-alauan dari  En Rusli, Tuan Pengetua SMK Teluk Kumbar 2 

Ucapan daripada pegawai Jabatan Pelajaran Daerah Barat Daya, Tuan Haji Izmi B Ismail untuk merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Berruniform PPKI, SMKTK 2.

Persembahan lagu Patriotik daripada pelajar 

Persembahan nyanyian lagu “Sahabat”

Persembahan Drama Muzikal

Persembahan  “Giyomi” yang kreatif.

Peserta Lelaki Terbaik dimenangi oleh Muhammad Syazwan

Peserta Perempuan terbaik jatuh pada Esther Fuan Ai Ling


Ibu bapa turut bersama menghadiri majlis penutup ini untuk menyaksikan persembahan daripada peserta PPKI.