Sukan


Program Terapi Renang telah bermula pada 31 Januari 2012 di kolam renang, USM.

Senaman untuk memanaskan badan


Latihan pernafasan di dalam air

Latihan pergerakan kaki

Berseronok di dalam kolam renang








Acara Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada 11 Feb. 2012. Pelajar PKBP telah mengambil bahagian dalam acara sukan tahunan tersebut dan untuk tahun ini mereka mengikuti trek larian yang sama seperti pelajar aliran perdana. Taniah dan syabas diucapkan kerana semua pelajar yang mengambil bahagian berjaya menghabiskan larian tersebut yang melalui jalan kampung dan kawasan perumahan dengan selamat dan dalam tempoh yang ditetapkan.  Berikut adalah keputusan :
Kedudukan
NAMA PELAJAR
MASA(minit)
RUMAH SUKAN
Kategori Lelaki
Johan
ABDUL HAFIZ BIN MANSOR
17.35
Kuning
Naib Johan
MUHAMMAD HAZIQ BIN SHAFFIE
18.15
Hijau
3
MUHAMMAD MUHAIMIN BIN MAJID
19.27
Kuning
4
MUHAMAD ARWIN BIN HASHIM
20.06
Kuning
5
MUHAMMAD IBNUR SOLIHHIN BIN SUHARDI
21.43
Kuning




Kategori Perempuan
Johan
NUR FARHANA AZWA BT. ADNAN
25.28
Hijau
Naib Johan
NUR SYAFIKAH BT SHAHIDAN
30.15
Hijau



Lari dengan penuh semangat!











PKBP SMK Teluk Kumbar 2  telah menyertai Kejohanan Renang Mini Sukan OKU anjuran PESRON Pulau Pinang pada 3 Mac 2012. 2 orang pelajar iaitu Muhamad Khuzaimi bin Rosli dan   Muhammad Haziq b. Shaffie telah mengambil bahagian. 





PKBP SMK Teluk Kumbartelah menyertai Kejohanan Olahraga Mini  anjuran PESRON Pulau Pinang pada 24 Sept 2011. Seramai 5 orang atlet telah mengambil bahagian dan semua mendapat hadiah dalam acara yang disertai. Berikut ialah pingat yang mereka dapat:
Ahmad Solehin b. Abd Harif : 4x400m   ke-3
Mohamad Noor Fitri b. Abdul Aziz :  4x100m ke-3, Lontar cakera ke-3, Lontar Peluru Ke-2
Siti Rosmah bt Ahmad : 100M ke-3 , 200M ke-3, Lompat jauh ke-2
 Nur Farhana Azwa bt. Adnan : 100m tempat ke-2, 200m ke-2, Lompat jauh Johan.
Dalam Kejohanan Boling yang dianjurkan oleh Pesron di Ampang Superbowl, Bukit Mertajam pada 19 Nov, 2011,MUHAMMAD MUHAIMIN BIN MAJID telah mendapat 
Naib Johan dalam acara perseorangan
MUHAMMAD MUHAIMIN BIN MAJID


MUHAMMAD MUHAIMIN BIN MAJID 




Pasukan dari SMK Teluk Kumbar 2 bersama guru pengiring.

















Siti Rosmah bt Ahmad dari SMK Teluk Kumbar 2 (P1039)  telah dipilih untuk mewakili Pulau Pinang dalam acara lari 200M dalam KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 1 MALAYSIA 2011 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 17-21 Oktober 2011









8 orang pelajar(5 lelaki dan 3 perempuan)PKBP SMK Teluk Kumbar 2 telah menyertai Klinik Futsal dan Petanque Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas JPNPP di SMPK Persekutuan Pulau Pinang pada 11 dan 12 Nov 2011. Pelajar lelaki berpeluang mempelajari cara bermain futsal yang betul serta menyertai perlawanan futsal bersama dengan pelajar PKBP sekolah lain dan pelajar SMPK yang diadakan pada hari ke-2, manakala pelajar perempuan pula mempelajari cara bermain Petanque Pendidikan Khas bersama dengan pelajar PKBP sekolah lain  dan pelajar SMPK.

                                                         


                                                         Pertandingan Petanque.
        Siti Rosmah bt Ahmad dan Nur Farhana Azwa bt Adnan sedang menunggu giliran untuk bermain.

5 sekawan dari SMK Teluk Kumbar 2. Bergambar sebelum mulanya Klinik Futsal.


 NURJANNAH BT. ROHIDZAT  dari SMK Teluk Kumbar 2 telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Petanque yang diadakan. Hadiah disampaikan oleh En. Fadzil b. Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Khas, PJNPP. 

 Semua peserta Klinik Futsal dan Petanque Pendidikan Khas SMK Teluk Kumbar 2 bergambar bersama En. Fadzil b. Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Khas, PJNPP serta PK Pendidikan Khas dan guru pengiring.