Sunday 10 January 2016

Mesyuarat pelantikan ajk persatuan pengakap dan kelab badminton

Pada 6.Jan.2016 & 7.Jan.2016 pukul 12.05 telah diadakan perjumpaan kokurikulum yang pertama untuk melantik ajk persatuan pengakap dan kelab badminton. Perjumpaan berjalan dengan lancar dengan kerjasama pelajar. Perancangan aktiviti sepanjang tahun juga telah diterangkan oleh guru. Pertandingan badminton juga bakal diadakan untuk menanam minat bersukan dalam diri pelajar.






Tuesday 5 January 2016

Hari pendaftaran pelajar baru dan taklimat ibu bapa (4.1.2016)

Pada 4.1.2016 pendaftaran pelajar baru dan taklimat telah dikendalikan. Penolong kanan pendidikan khas Pn. Norlinda Ibrahim telah berkongsi serba serbi mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2016 dan bagaimana pelajar peroleh manfaat dari aktiviti tersebut. Cik Umadevi pula telah menerangkan tentang kehadiran pelajar ke sekolah dan peraturan sekolah yang perlu dipatuhi.Ibu bapa memberi sambutan yang baik.