Projek PKBP



Projek Penanaman Cendawan

Bungkah cendawan  atas rak   dengan cendawan yang tumbuh

Rumah cendawan SMK Teluk Kumbar 2 akhirnya siap pada 27 Jun 2012

Sudah nampak hasilnya pada 26 Jun 2012

Taman PKBP SMK Teluk Kumbar 2 mula berubah wajah.

Projek Penanaman Cili secara Fertigasi
Gambar ini diambil pada 16 Mei 2012. Akhirnya anak pokok cili ditanamkan dan  projek penanaman  cili secara fertigasi beroperasi sepenuhnya.


Gambar diambil pada 21 Jun 2012

Selain dari cili, nenas juga ditanamkan di tepi longkang. Nenas ini ialah sumbangan En Zainol Saad. Mengikut beliau nenas ini buahnya besar dan setiap satu boleh sampai 2 kg namun kena tunggu 1 tahun baru nampak hasilnya!


Gambar ini diambil pada 26 April 2012. Kerja memasang netting pencegah serangga telah siap. Terima kasih kepada En Syed Hassan. Kerja memasang paip fertigasi dan pagar Taman Pendidikan Khas sedang dijalankan. Projek penanaman cili secara fertigasi akan dimulakan pada bulan Mei secara kecil-kecilan kerana tidak mendapat bantuan dari luar.

Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran PKBP SMK Teluk Kumbar 2.
Satu kursus Penanaman Cendawan telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Teluk kumbar 2 pada 2 Nov 2011. Kursus ini dikendalikan oleh En. Mohamad Mastor b. Hassan, pegawai pertanian dari Jabatan Pertanian Pulau Pinang dan dihadiri oleh guru-guru PKBP dan PPM serta 7 orang pelajar PKBP.


Projek Tanaman Cendawan (Musim ke -2)

Pada 14.9.2012,  Kelas Pendidikan Khas telah menerima sumbangan 200 bongkah cendawan dari Jabatan Petanian.Kelas Pendidikan Khas mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian kerana sudi menyumbangkan cendawan kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas.

 Pelajar menyusun bongkah cendawan di rak.

 Sebanyak 200 bongkah cendawan telah di sumbangkan oleh Jabatan Pertanian.


Bongkah cendawan di susun di rak yang telah disediakan.