Friday 15 November 2013

PROGRAM SPECIAL TALENT SMK TELUK KUMBAR 2


Tarikh:12 November 2013 
Masa: 9.00 pagi 
Tempat :Dewan Cornwalis Hotel Royal, Georgetown Pulau Pinang

 SMK Teluk Kumbar 2 telah menganjurkan Program “Special Talent” untuk pelajar-pelajar  Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran kali ke 3. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Nordin Bin Ahmad ADUN Bayan Lepas telah sudi  hadir dan seterusnya  merasmikan program tersebut.
Turut menyerikan lagi program ini ialah dengan kehadiran wakil dari JPN ,Pn Rusnida bt Shariff dan wakil dari PPD Barat Daya Puan Fauziah bt Saad serta Yang Dipertua PIBG SMKTK2 En. Norhan bin Shuib. Pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan pelajar seperti  Tarian Jogy, nyanyian nasyid, drama muzikal dan nyanyian dalam tarian. Disamping itu acara Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah, Sijil dan Cenderahati kepada tetamu dan pelajar serta sambutan hari Jadi turut memeriahkan lagi suasana majlis tersebut. Selain cenderahati kepada pelajar yang bakal menamatkan pengajian, cenderahati juga diberikan kepada pelajar seperti Anugerah Nilam, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Anugerah Kehadiran Terbaik. Ibu bapa pelajar juga telah turut serta memberi sokongan dengan menghadiri majlis tersebut. 
                Pihak sekolah khususnya PPKI  ingin merakamkan ribuan  ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan kerjasama  secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program “Special Talent” untuk kali yang ketiga ini. Program ini telah berjalan dengan lancar dan telah  dilaksanakan dengan jayanya.  Program ini telah berakhir pada jam 1.00 tengahari selepas acara sesi bergambar.

Persiapan pelajar yang akan membuat persembahan

Juru Acara Majlis

Anugerah Kokurikulum, Program nilam, sijil berhenti kepada pelajar

Penyampaian cenderahati kepada Pn Fauziah

Persembahan Nasyid
Persembahan Tarian Lagu Bosa Nova
Tarian Arab Parsi

Lakonan Drama Muzikal


Laporan Aktiviti Tahunan daripada Penolong Kanan Pendidikan Khas Pn Norlinda

Perasmian daripada Yang Amat Berhormat Tuan Haji Nordin Bin Ahmad ADUN Bayan Lepas