Friday 22 February 2013

MERENTAS DESA SMK TELUK KUMBAR 2

Tarikh: 23-2-2013(Sabtu)
Masa: 7:30-12:30tgh
Tempat: SMK Teluk Kumbar 2

Semua pelajar memanaskan badan sebelum acara merentas desa bermula
Esther sudah mendapat No.1 dalam kategori PKBP perempuan

Nurul Akmar daripada PKBP 8 menghabiskan trek terakhir sebelum sampai  di garisan penamat

Semua pelajar PKBP telah berjaya menghabiskan laluan Merentas Desa sejauh 2.5KM. Berikut ialah rekod pencapaian pelajar PKBP:

Kategori Perempuan
Nama
Masa
1. Ester Fuan Ai Ling
24.21
2. Nur Syafiqah bt Sahidan
27.52
3. Nurul Akmar bt Abdullah
29.27
4. Norazlina bt Aziz
29.48
5. Danea Batrisya  bt Jamaluddin
29.50

Kategori Lelaki
Nama
Masa
1. Abdul Hafiz b Mansor
17.15
2. Ibnur Sulihhin b Suhardi
17.36
3. Muhamad Syazwan b Rahim
21.32
4. Muhamad Amirul Nizam
21.34
5.Muhamad Amir b Rosli
23.00
6. Amar Jufri b Mohd Jasmi
23.03
7.Suhaime b Ibrahim
23.04
8.Muhamad Fakhrullah b Mohd Ali
26.00
9.Muhamad Fitri Hadiz b Md Redzuan
26.10
10.Muhamad Razif b Rozi
27.51
11. Chng Jia Da
30.00


Tuesday 5 February 2013

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PKBP 1

Pada 4 Februari 2013 yang lalu, guru-guru PKBP SMKTK2 telah mengikuti 1 program LDP yang bertajuk Asas Penanaman & Pembiakan Pokok Bunga.
Guru-guru telah diajar tentang asas penanaman dan pembiakan tumbuhan. Beberapa teknik pembiakan pokok seperti kacukan @ cantuman batang, keratan batang (propagasi) dan tut telah didedahkan. Selain itu juga guru-guru berpeluang untuk menyediakan sendiri medium semaian pokok.



 Guru- guru diberi penerangan oleh Pak Kop (tukang kebun sekolah) mengenai cara-cara yang boleh digunakan untuk pembiakan pokok..



Teknik dan kaedah pembiakan pokok..





 Cara yang betul untuk membuang kulit dahan pokok yang ingin dibiakkan.








Penyediaan medium semaian

Hormon penggalak akar yang digunakan.


Harapan semoga latihan yang diberikan ini dapat memberi serba sedikit pemahaman dan pengetahuan kepada guru-guru PKBP mengenai teknik yang betul untuk asas penanaman dan pembiakan pokok serta dapat membantu menjayakan Projek Nursery Pokok Bunga yang akan dijalankan tidak lama lagi. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Lawatan Pusat Kanak-kanak Spastik

             Tarikh :  22 Januari 2013 (Selasa)
Masa : 7:30-12:30 tgh hari

Lawatan ini dimulakan dengan pengenalan pusat spastik melalui video. Selepas jamu selera, pelajar kami telah diiringi dengan wakil pusat spastik untuk mengunjungi setiap bahagian pusat spastik seperti
Kelas pengajaran dan pembelajaran 

Prevocational Training Unit

Pusat Komputer- Dell Learning Center

Bengkel-Sheltered Workshop

Bahagian Fisioterapi

Ammir Afandi telah mewakili pihak sekolah untuk memberi cenderamata kepada 
En Nutan, AJK Koperasi OKU.

Setinggi penghargaan terhadap pihak pentadbir Pusat Kanak-kanak spastik Pulau Pinang atas kerjasama dan layanan terhadap kunjungan kami ini.


 .