Saturday 21 January 2012

Satu aktiviti sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan pada 20 Jan 2012. Disebabkan gangguan bekalan elektrik, aktiviti ini terpaksa diadakan di Medan Ilmu. Aktiviti dimulakan dengan tayangan video dan penjelasan tentang asal usul Tahun Baru Cina.

Pelajar juga didedahkan dengan cara kaum Tionghua menyambut Tahun Baru Cina, serba sedikit tentang makanan dan kepercayaan. Tahun Baru Cina bukan satu perayaan agama tetapi ialah perayaan kaum.

Satu kuiz diadakan. Penglibatan pelajar adalah baik.


Guru-guru PKBP kaum Cina menyampaikan limau yang membawa makna tuah kepada guru-guru dan PPM. 


Guru-guru kaum Cina yang sudah kahwin menyampaiakan Ang Pau  yang membawa makna  kasih sayang dan ucapan selamat serta limau kepada pelajar.




Monday 9 January 2012

Perjumpaan Ibu bapa dan Guru PKBP

Taklimat oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas
Sesi dialog.
Satu perjumpaan antara waris pelajar dan guru PKBP telah diadakan pada 31 Disember 2011 di Bilik Mesyuarat SMK Teluk Kumbar 2.
Ucapan aluan Pengetua 



Friday 6 January 2012

Pelajar baru

Mengalu-alukan kedatangan pelajar baru.
Semoga menjadi seorang yang berakhlak mulia dan dapat berdikari  pada masa akan datang!