Tuesday 8 March 2016

MINGGU SAINS 2016

Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar Pendidikan Khas untuk membolehkan mereka menunjukkan kebolehan dalam setiap pertandingan atau aktiviti yang dibuat sama ada secara individu mahupun berkumpulan dengan rasa gembira dan seronok.

Motif program minggu sains ini ialah :
-menanam minat pelajar yang lebih dalam sains.
-melakukan penerokaan ,penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman

Pengisian program bagi minggu sains ialah :

Eksperimen bath bomb
Screaming Cup
Buzz wire &  Cas elektrik
Remote control car
Eksperimen belon gas dan roket punca kuasa angin
Eksperimen microscope dan magnifying glass















PROGRAM ADAPTASI DAN SOSIALISASI GURU-GURU SERTA PPM PEND. KHAS BERSAMA KAUNSELOR DAN STAF PEMBANTU MAKMAL SMK TELUK KUMBAR 2



PROGRAM ADAPTASI DAN SOSIALISASI GURU-GURU SERTA PPM PEND. KHAS BERSAMA KAUNSELOR DAN STAF PEMBANTU MAKMAL SMK TELUK KUMBAR 2
TENTATIF PROGRAM
7.00  Pagi                                 : Berkumpul di Stesen KTM  Butterworth
8..00 pagi – 10.00 pagi            : Menaiki Komuter dari Stesen KTM Butterworth menuju ke                                                                    Stesen Arau
10.00 pagi – 11.00 Pagi           : Perjalanan ke Kuala Perlis dan makan di Kuala Perlis
11.00pagi -12.00 Tengahari    : Lawatan ke Taman Herba
12.00 tengahari– 2.00 petang  : Lawatan ke Gua Kelam
2.00 petang– 2.30 Petang        : Lawatan ke Ladang Ternakan Ostrich
2.30 petang -5.15 petang         : Aktiviti di sekitar Kompleks padang Besar
5.15 petang - 7.15 malam       : Perjalanan Balik dari Stesen KTM Padang Besar ke Stesen KTM
                                                   Butterworth


Semua guru PPKI, kaunselor, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan Pembantu Makmal telah berkumpul di stesen KTM Butterworth mulai jam 7.00 pagi. PK Pendidikan Khas member taklimat ringkas berkenaan perjalanan Program Adaptasi dan Sosialisasi pada hari ini dan mengedarkan tentatif perjalanan kepada semua peserta.Pada jam 7.45 pagi semua perserta menaiki komuter menuju ke Stesen KTM Arau yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit.

Perjalanan balik dari Stesen KTM Padang Besar menggunakan ETS mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Semua peserta program telah selamat sampai di Stesen KTM Butterworth pada jam 7.15 malam. Semoga semua peserta mendapat manfaat dari Program Adaptasi dan Sosialisasi di samping dapat mengeratkan ikatan persahabatan antara guru-guru dan ppm pendidikan khas dengan guru kaunselor dan staf pembantu makmal.















Latihan dan pemilihan murid pendidikan khas untuk kejohanan olahraga peringkat daerah 2016

Pada 2 Mac 2016 seramai 15 orang pelajar PPKI SMK Teluk Kumbar 2 diiringi dengan dua orang guru iaitu Cik Nur Azimah dan Pn.Siti Fatimah telah menyertai latihan dan pemilihan murid pendidikan khas untuk kejohanan olahraga  daerah bagi tahun 2016. Latihan dan pemilihan pelajar telah dijalankan dari pukul 8 pagi hingga 1 petang bertempat di padang SK Balik Pulau. Antara aktiviti dijalankan ialah larian 100 m,lontar peluru dan lompat jauh. Tujuan diadakan aktiviti tersebut ialah untuk menguji kredibiliti pelajar dalam sukan dan meningkatkan daya tahan diri mereka serta mewujudkan persaingan sihat antara mereka.






Minggu pendidikan islam

Minggu pendidikan islam  PPKI SMK Teluk Kumbar 2 bagi tahun 2016 telah diadakan pada 26.2.2016 bersamaan hari jumaat. Matlamat mengadakan minggu pendidikan islam ialah untuk membentuk pelajar yang lebih rohani. Ianya juga memberi maklumat tentang penghayatan seorang bergelar muslim dan pelbagai aktiviti bercirikan islamiah telah dijalankan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sirah Nabi,amali solat,aktiviti rewards,ceramah pembentukan sahsiah insan dan kuiz. Aktiviti yang dijalankan telah membantu pelajar mencipta identiti diri dengan mendekatkan diri dengan amalan berdoa.