Thursday 23 January 2014

Mesyuarat Rancangan Pengajaran Individu 2014


Mesyuarat Rancangan Pengajaran Individu dengan Ibu bapa telah diadakan pada jam 12:30tengah hari dengan tarikh berikut:
20.1.2014
21.1.2014
22.1.2014
23.1.2014
27.1.2014
28.1.2014
29.1.2014
30.1.2014
Ibu bapa dan guru besama membincang tentang perkara kekuatan dan kelemahan anak pelajar lalu bersama mencari penyelesaian kaedah mengajar 
Mesyuarat ini telah mendapat sambutan yang baik dari segelintir ibu bapa
Mesyuarat Rancangan Pengajaran Individu ini adalah untuk membincang tentang pelajaran yang khas perlu difokuskan kepada pelajar pendidikan khas sekolah ini. Daripada perbincangan tersebut, guru akan mengambil lebih perhatian terhadap keperluan khas pelajar sama ada dari aspek (i)pengurusan diri, (ii) pelajaran matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan kemahiran Seni, Jahitan, Pertukangan dan masakan.

Sunday 12 January 2014

MESYUARAT PERJUMPAAN GURU-GURU, IBU BAPA/WARIS 2014


 MESYUARAT PERJUMPAAN GURU-GURU, IBU BAPA/WARIS 2014

TARIKH             : 11 JANUARI 2014
MASA               : 8.30 PAGI
TEMPAT           : BILIK MESYUARAT SMK TELUK KUMBAR 2
PENGERUSI     : EN RUSLI BIN HASHIM(PENGETUA)

 Mesyuarat Perjumpaan Guru-guru dengan ibubapa/ waris ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara satu sama lain. Mesyuarat ini bermula dengan membaca doa.
 Taklimat daripada pengetua SMK Teluk Kumbar 2, En Rusli Bin Hashim.
Taklimat daripada Penolong Kanan Pendidikan Khas mengenai pelbagai isu pelajar PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) seperti Pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar PPKI tahun lepas, kemudahan sekolah, Program akademik dan Kokurikulum yang akan datang .


 Sesi diteruskan dengan sesi memperkenalkan diri antara guru-guru dan ibubapa.
Sesi akhirnya dibuka untuk sesi soal menjawab bagi ibu bapa. Para ibu bapa telah mengemukan pelbagai isu seperti harga elauns bus, harga makanan kantin, guru muzik dan lain-lain demi kepentingan pelajar PPKI
 Mesyuarat ditangguh pada 11:30petang. Ibu bapa dijemput untuk berjamu selera dengan semua guru dan pengetua.