Tuesday 9 April 2013

Minggu Bahasa Melayu

Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 9 April 2013. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti stesen, kuiz, tayangan gambar penerapan nilai murni serta bercerita semula, permainan bahasa dan kuiz ejaan melalui ICT.


Stesen Suku Kata
Stesen merasai makanan dan tuliskan rasa, warna dan jenis makanan  yang  dimakan



Stesen Nilam

Stesen Puzzle

Cerita Semula Selepas Tayangan Video

Cerita Upin dan Ipin yang bersifat Nilai Murni

Kuiz Pencarian Kata dan Ejaan

Jawab Soalan dengan mengeja

Penyampaian hadiah kepada Ketua Terbaik antara 5 kumpulan, Syazwan 

Kumpulan yang mendapat markah paling tinggi dalam semua aktiviti yang dilakukan  
Pelajar telah menunjukkan minat dalam sesi soal jawab walaupun kebanyakan perlukan bimbingan daripada guru. Namun demikian, taniah kepada semua pelajar yang telah memaparkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

Friday 5 April 2013

Lawatan Kolej Komuniti Ke SMK Teluk Kumbar 2

Lawatan dari Kolej Komuniti ke SMK Teluk Kumbar 2 ini adalah untuk membuat pemerhatian terhadap pelajar pendidikan khas sekolah menengah supaya dapat mengadakan Kursus Jangka Pendek kepada bekas pelajar atau pelajar berumur 19 tahun ke atas. Kursus Pastry merupakan kursus pertama yang dibuka bagi OKU dan bermula pada bulan Julai 2013. JPN Pulau Pinang telah bekerjasama dengan Pihak Kolej Komuniti Cawangan Bayan Baru dalam rancangan ini.

Sesi Pengenalan Program Pendidikan Khas SMK Teluk Kumbar 2 daripada Penolong Kanan Pn Norlinda

Ucapan sepatah dua kata dari Pn Lim bagi pihak wakil pensyarah  Kolej Komuniti

Pembentangan Aktiviti Tahunan Sekolah

Lawatan ke stesen masakan

Sesi Pengenalan Tanaman Hidroponik

Lawatan Ke tapak Pertanian

Tanaman Cendawan

Lawatan ke stesen Jahitan 

Penyampaian Cenderamata dari pengetua SMK Teluk Kumbar 2 kepada Pegawai JPN En Ahmad Shuib

Penyampaian Cenderamata kepada Pn Lim Miow Juang, Pegawai Perhubungan Awam Kolej Komuniti

Gambaran bersama dari semua ahli rombongan lawatan ini

Thursday 4 April 2013

PROGRAM JALINAN MESRA PPKI SMK TELUK KUMBAR 2 DAN PPKI SMK MENGKUANG

Interaksi sosial adalah salah satu aspek yang penting dalam pembinaan sahsiah pelajar terutama pelajar pendidikan khas. Oleh yang demikian, satu lawatan penanda aras ke PPKI SMK Mengkuang telah diadakan. Lawatan penanda aras yang diberi nama Program Jalinan Mesra Pendidikan Khas ini adalah untuk mewujudkan satu hubungan yang erat dan mesra antara pelajar pendidikan khas dan guru-guru serta berkongsi maklumat tentang aktiviti yang berfaedah kepada pelajar. 


Pada 20 Mac 2013, pelajar PPKI SMK Teluk Kumbar 2 telah dibawa melawat ke PPKI SMK Mengkuang. Rombongan dari PPKI SMK Teluk Kumbar 2 telah disambut dengan persembahan  nasyid dan tarian daripada pelajar PPKI SMK Mengkuang.

Ketibaan pelajar PPKI SMKTK 2
Persembahan Nasyid


Persembahan Tarian







Selain daripada persembahan, guru-guru dan  pelajar PPKI SMKTK 2 juga telah dibawa melawat sekitar kawasan PPKI SMK Mengkuang dan aktiviti-aktiviti pra-vokasional yang telah mereka jalankan. Bagi memeriahkan acara satu aktiviti sukaneka telah diadakan.



Aktiviti Sukaneka yang dijalankan







Program pada hari itu diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan bergambar bersama. Diharap program sebegini dapat diadakan lagi bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar, guru-guru. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

    Acara penyampaian hadiah   
                  sukaneka

Kenangan Bergambar Bersama
PPKI SMKTK 2 & PPKI SMK Mengkuang










Wednesday 3 April 2013

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2 : JAHITAN

Pada 4 Mac 2013 yang lalu, guru-guru PPKI SMKTK 2 telah mengikuti satu bengkel LDP yang bertajuk Jahitan. Bengkel jahitan ini didedahkan kepada guru-guru untuk meningkatkan kemahiran guru-guru dalam asas jahitan.

Guru-guru telah diajar cara mengambil ukuran baju, melukis pola baju dan menjahit baju. Jenis baju yang diajar adalah kepada guru-guru adalah potongan blouse.

Cara mengambil ukuran baju.
Cara melukis pola baju pada kain.

 



Cara menjahit baju menggunakan mesin.

 Diharap dengan sedikit ilmu yang dicurahkan pada hari tersebut dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada guru-guru tentang asas jahitan.

Monday 1 April 2013

Minggu Sains 2013

Minggu Sains PKBP yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Sains PKBP telah berlangsung pada 12 Mac 2012. Para guru pelajar telah melakukan pelbagai aktiviti mengenai sains demi menanam minat dan kecenderungan pelajar dalam bidang ini.

Membuat model letusan gunung berapi
Guru membimbing pelajar membentuk gunung berapi 

Cikgu Foo menerangan cara membuat gunung berapi dengan menggunakan pewarna makanan merah dan kuning, cuka, baking soda, botol dan plastisin

Pameran Letusan Gunung Berapi


Kuiz mengenai haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Eksperimen mengenai apungan 
Mencari keseimbangan apungan botol air

Eksperimen mengenai Tarikan Magnet
Memancing dengan menggunakan magnet