Maklumat tentang Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran


Pengenalan Autisme
Autisme datang dari perkataan Greek “auto” yang bermakna “diri” dan “ism” yang bermakna “keadaan” . Dengan perkataan lain, ia merujuk kepada satu keadaan di mana seseorang itu sentiasa dalam dunia sendiri.
Autisme merupakan satu gangguan neurologi sejak lahir. Sebab kejadian masih tidak diketahui. Kanak-kanak autism secara tipikal mempunyai masalah dalam komunikasi secara lisan dan tidak lisan. Mereka juga mempunyai masalah sosial dan fleksibiliti dalam pemikiran. Jika mereka sukakan sesuatu contohnya jenama baju yang dipakai, mereka akan enggan pakai baju jenama lain. Mereka sering menunjukkan tingkah laku keterlaluan sensitif (bunyi, makanan, cahaya dsb) atau  kurang sensitive contohnya terhadap bahaya sebenar. Namun demikian mereka menunjukkan keadaan yang berbeza tahap keterukan, daripada tahap rendah kepada yang teruk.