Program Lawatan


Satu lawatan sambil belajar ke Akuarium Institut Penyelidikan  Perikanan Pulau Pinang telah diadakan pada 14 Feb. 2012.

Menjawab soalan kuiz tentang apa yang diperhatikan.

Cepat catatkan nama ikan ini!

Wah, besarnya! Biar saya tangkap gambar dan tunjukkan pada ayah dan ibu!

Aktiviti mewarna gambar hidupan laut diadakan di luar Akuarium selepas memerhatikan ikan dalam Akuarium.

Pada 17 Jan 2012, PKBP SMK Teluk Kumbar 2 mengadakan lawatan sambil belajar ke ACS Stepping Stone Work Centre di Balik Pulau,  Pulau Pinang. ACS Stepping Stone Work  Centre merupakan satu pusat yang ditubuhkan khas untuk  memberi pekerjaan kepada golongan kurang upaya intelek. Di antara pekerjaan yang ditawarkan ialah menenun, membuat tembikar, membuat kertas kitar semula, kitar semula, membuat kain batik dan penyediaan makanan/ membuat biskut/ cookies. Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti pekerjaan dan juga tentang advocacy diri (menyuarakan hak diri) oleh Presiden Mutiara Voice, satu pertubuhan advocacy diri. 



Penyampaian cenderahati kepada wakil 
ACS Stepping Stone Work  Centre. 


Pelajar mempelajari cara menenun.

Membuat kertas kitar semula

Membuat kain batik dengan pelbagai warna dan corak yang menarik.

Guru-guru juga berminat untuk mewarnakan corak kain batik.

Membuat ikatan benang.

Pelajar PKBP juga berpeluang mengadakan aktiviti interaksi dengan pekerja .





Lawatan Sambil Belajar ke Negeri kedah pada 12 April 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Taiping pada 27 Julai 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Toy Muzeum pada 23 Feb 2011

Lawatan Sambil Belajar:  menaiki feri 6 April 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Bukit Bendera pada 29 Jun 2011
 Penerangan tentang Penanaman secara Fertigasi oleh Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Balik Pulau.
Lawatan ke Jabatan Pertanian Balik Pulau pada 12 oktober 2011