Friday 27 April 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas peringkat Negeri Pulau Pinang

Mewakili zon Barat Daya ke Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas peringkat Negeri Pulau Pinang di Stadium MPSP

Thursday 19 April 2012

Majlis Penyerahan Buku Sumbangan Escatec Electronics Sdn Bhd

Cerita bermula dari lawatan sambil belajar pelajar PKBP SMK Teluk Kumbar 2 ke MPH Bookstores di Gurney Plaza pada tahun 2011.....
Cikgu Umadevi bersama dengan guru-guru PKBP telah berjumpa dengan Mr Wong Hin Chow, Pengurus MPH bahagian Perkhidmatan Korporat dan Perpustakaan untuk memohon sumbangan buku. Pada tahun 2012, Escatec Electronics Sdn Bhd, Pulau Pinang telah murah hati menyumbang buku bernilai RM 5,000.00 dan MPH Bookstores  RM 1,000.00 untuk tujuan ini dan tiga buah PPKI telah dipilih , iaitu SMK Teluk Kumbar 2, SMK Jelutong dan SMK Padang Polo.
Satu majlis Penyerahan buku sumbangan ini kepada PKBP berkenaan telah diadakan di SMK Jelutong pada 19 April, 2012



Bergambar beramai-ramai bersama Pengurus Human Resources Escatec Electronics Ms Luke Chin Kei, Pengurus bahagian Perkhidmatan Korporat dan Perpustakaan MPH Bookstores Penang, Mr Wong Hin Chow, Dr Haji Nazari  b. Yaakob, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNPP, En Fadzil B Abdullah, Ketua Unit Pendidikan Khas JPNPP, En Teh Pang Eng, pengetua SMK Jelutong, PK 1 SMK Padang Polo, PK Pendidikan Khas SMK Jelutong, dan SMK Teluk Kumbar 2, Penyelaras PKBP SMK Padang Polo dan pelajar PKBP yang dijemput.

Tuesday 17 April 2012

Ceramah dan Amali Membuat Kompos

Satu ceramah pembuatan kompos oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang diadakan pada 17 April di Dewan Saujana

Pelajar memegang cacing tanah

Cacing tanah ialah kawan petani.


Permainan rangkai makanan-untuk mengetahui pentingnya baja kompos kepada manusia

Amali membuat kompos di Taman Pendidikan Khas

Friday 6 April 2012

Melawat ke Pusat Seni USM

Dengan bantuan guru pelatih dari USM, Cik Fatin dan Cik Haninah, pelajar yang tidak dapat menyertai program renang dapat peluang mengunjungi Pusat Seni USM pada 3 April 2012