Wednesday 26 September 2012

HARI KOKURIKULUM SMK TELUK KUMBAR 2 (2012)

Tarikh: 22.9.2012
Tempat: Dataran Wawasan.


" Gimik perasmian Hari Kokurikulum  2012"
 upacara melepaskan belon ke udara

 Pelajar PKBP, Muhammad Ibnur Solihin menerima Anugerah Khas Pelajar Pendidikan Khas di atas kecemerlangan di dalam aktiviti kokurikulum Pendidikan Khas sepanjang tahun 2012 

Kelas Pendidikan Khas juga mengambil bahagian di dalam aktiviti pameran dan jualan hasil tangan pelajar.

Antara hasil kerja tangan pelajar yang di pamerkan dan juga dijual kepada pengunjung pada Hari Kokurikulum 2012.

Tuesday 25 September 2012

PROGRAM ADAPTASI DAN SOSIALISASI KOKURIKULUM PKBP KE TESCO EXTRA, SUNGAI DUA, PULAU PINANG.

Tarikh: 25.9.2012
Tempat: Tesco Extra, Sungai Dua

 Pelajar berkumpul di hadapan pintu masuk Tesco dan mendengar taklimat dari Pen. Kanan Pend. Khas.

 Pelajar melakukan aktiviti 'guided shopping' dengan di pantau oleh guru-guru. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan kemahiran bersosial dan berinteraksi dengan masyarakat serta memberi pendedahan cara-cara membeli barang dan menggunakan wang.


Pelajar membeli dan menikmati makanan di "food court" Tesco Extra.

Sunday 23 September 2012

PROGRAM HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SMK. TELUK KUMBAR 2 2012

Tarikh: 21.9.2012
Tempat: Dataran Wawasan

Dalam pertandingan sempena Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, Kelas PKBP telah berjaya mendapat Johan dan tempat ke-3 di dalam pertandingan menghias kelas bertemakan patriotik.


Pelajar, Tan Ai Ling mewakili PKBP 1 menerima hadiah dari PK. HEM En. Ismail. Kelas PKBP 1 telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan menghias kelas bertemakan patriotik.
Muhammad Hafiz, mewakili kelas PKBP 7 menerima hadiah. Kelas PKBP 7 telah berjaya mendapat tempat ke-3 di dalam pertandingan menghias kelas bertemakan Hari Kemerdekaan.


Banner yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar dari PKBP 7

Tuesday 18 September 2012

PROGRAM HARI KEMERDEKAAN PKBP 2012

Tarikh: 15 Ogos 2012 hingga 14 September 2012
Tempat: Bilik Bengkel,  PKBP



Pelajar mendengar arahan dan soalan dari guru untuk pertandingan kuiz Hari Kemerdekaan.

Pelajar mengambil bahagian di dalam pertandingan mewarna gambar jalur gemilang.
 Hasil  dari mewarna gambar jalur gemilang, terhasil topi Jalur Gemilang.
 Pelajar, Siti Rosmah membuat persembahan mendeklamasikan sajak.
Persembahan nyanyian lagu patriotik berkumpulan.
Nur Jannah menerima hadiah dari P. K Pendidikan Khas .

PROGRAM INTERAKSI PELAJAR PEND. KHAS (SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012)

Tarikh: 12 September 2012
Hari: Rabu
Tempat: SMK Kepala Batas,

Pelajar, Abdul Hafiz dan Muhammad Junaidi menerima sumbangan duit raya.
                                            
                 Bersama dengan guru-guru dan pelajar dari SMK Padang Polo.

                                         
            Pelajar membuat persembahan dari alat-alat muzik tradisional.

Sunday 9 September 2012

Kejohanan Futsal Dan Bola Jaring Pendidikan Khas 2012

Tarikh: 6 September 2012
Tempat: Best Bola- Bola Mak Mandin, Butterworth (Futsal)
             SMK Permatang Tok Jaya, Butterworth (Bola Jaring)

PKBP SMK Teluk Kumbar II telah menghantar 3 orang peserta lelaki untuk menyertai acara Futsal dan 3 orang peserta perempuan untuk menyertai acara Bola Jaring.

Antara pelajar yang terpilih untuk mewakili negeri Pulau Pinang ialah :Muhammad Ibnur Sulihhin, Nur Farhana dan Nur Jannah bertempat di Terengganu pada 13-16 September.

Majlis Jamuan Raya dan Sambutan Hari Jadi Pelajar PKBP

Majlis Hari Raya Aidilfitri, Sambutan Hari Jadi bagi pelajar,guru dan ppm yang berlahir pada bulan Mei hingga August serta Majlis perpisahan bagi bekas Penolong Kanan Pn. Pua Yoke Fang dan guru ganti  Siti Salbiah telah berlangsung secara serentak pada 7Mei 2012. Majlis ini dijalan dengan hati yang penuh syukur dan meriah oleh para guru dan pelajar.
Ucapan Tuan Pengetua tentang infomasi perkembangan sekolah Pendidikan Khas di Balik Pulau


Para guru dan pelajar berpakaian cantik untuk sambutan majlis ini 

Potong Kek Hari Jadi
Persembahan Nyanyian Lagu Raya oleh pelajar 

Thursday 6 September 2012

Majlis OKU Bersama Masyarakat


Tarikh: 2 September 2012, Ahad
Masa : 7am- 1pm
Tempat: Padang Polo, Pulau Pinang
Majlis perasmian 
Ammar, Amir dan Ibnur menyertai 'charity walk' yang dianjurkan oleh Persatuan OKU  Pulau Pinang.


Ammar sedang menyertai acara sukaneka.

Charity Walk: Muhammad Ibnur, Ammar, Hasliza

Sukaneka: Ibnur, Afiq, Ammar, Hasliza

Pertandingan Mewarna: Alif, Ammar, Hasliza, Tan lin jing


Tuesday 4 September 2012

Gala Kemerdekaan

Tarikh: 30 Ogos 2102
Hari : Khamis
Tempat : SMK JAWI, Seberang Prai
Anjuran : PPKI SMK Jawi, Peringkat sekolah


Nur Jannah bt Rohidzat telah mendapat Tempat ke-3 dalam Deklamasi Sajak




 Nur Farhana Azwa Bt. Adnan telah mendapat Saguhati dalam Pertandingan Mewarna

Nur Jannah dan Nurul Nabilah telah mendapat Saguhati dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik