Monday 17 March 2014

Minggu Sains 2014

Minggu Sains telah diadakan pada 11 Mac 2014. Beberapa aktiviti telah dirancangkan sempena Minggu Sains ini. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah ekperimen milk trick, gunung berapi, pelancaran roket, penghasilan elektrik, penghasilan kristal, buzz wire, menguji kekuatan sebiji telur, invisible ink dan memasang komponen-komponen kenderaan. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan di Medan Ilmu dan di bengkel PKBP.  

Program Minggu Sains bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor serta kemahiran berfikir. Program ini dibuat juga untuk memberi peluang kepada pelajar memotivasikan diri dan melahirkan  inisiatif untuk membuat sesuatu aktiviti yang diberi secara berdikari atau pun berkumpulan. Di samping itu memupuk sikap kepimpinan dalam kalangan pelajar yang dilantik sebagai ketua kumpulan untuk manjalankan aktiviti yang diberi.

           Jawatankuasa Pelaksana
            Pengerusi                         : Pn. Norlinda bt Ibrahim            
Ketua Program                : Pn. Foo Bee Yen
AJK Program                  
                                                    : Pn Junalita bt Hamid
                                                   : Cik Umadevi a/p Gopal
                                                   : Cik Lim Yan Shiang





Aktiviti minggu sains telah dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat. Sepanjang aktiviti dijalankan pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi untuk membuat setiap aktiviti yang diberikan oleh guru.

No comments:

Post a Comment