Sunday 12 January 2014

MESYUARAT PERJUMPAAN GURU-GURU, IBU BAPA/WARIS 2014


 MESYUARAT PERJUMPAAN GURU-GURU, IBU BAPA/WARIS 2014

TARIKH             : 11 JANUARI 2014
MASA               : 8.30 PAGI
TEMPAT           : BILIK MESYUARAT SMK TELUK KUMBAR 2
PENGERUSI     : EN RUSLI BIN HASHIM(PENGETUA)

 Mesyuarat Perjumpaan Guru-guru dengan ibubapa/ waris ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara satu sama lain. Mesyuarat ini bermula dengan membaca doa.
 Taklimat daripada pengetua SMK Teluk Kumbar 2, En Rusli Bin Hashim.
Taklimat daripada Penolong Kanan Pendidikan Khas mengenai pelbagai isu pelajar PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) seperti Pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar PPKI tahun lepas, kemudahan sekolah, Program akademik dan Kokurikulum yang akan datang .


 Sesi diteruskan dengan sesi memperkenalkan diri antara guru-guru dan ibubapa.
Sesi akhirnya dibuka untuk sesi soal menjawab bagi ibu bapa. Para ibu bapa telah mengemukan pelbagai isu seperti harga elauns bus, harga makanan kantin, guru muzik dan lain-lain demi kepentingan pelajar PPKI
 Mesyuarat ditangguh pada 11:30petang. Ibu bapa dijemput untuk berjamu selera dengan semua guru dan pengetua.




No comments:

Post a Comment