Monday 15 July 2013

SPECIAL OLIMPIK 2013

Tarikh: 2 Julai 2013
Masa: 7:30am hingga 1pm
Anjuran : SMK Jelutong, Pulau Pinang

Pelajar PPKI SMK Teluk Kumbar 2 telah menghantar seramai 35 orang pelajar untuk mengambil bahagian dalam Special Olympics yang dianjurkan oleh PPKI SMK Jelutong. Pelajar-pelajar ini mengambil bahagian dalam acara 100 meter mengikut kategori keupayaan masing-masing dan pelajar PPKI SMKTK 2  telah mendapat 3 emas, 3 perak dan 4 gangsa dalam kejohanan tersebut. Tahniah kepada pelajar PPKI SMKTK2 yang mempunyai semangat kesukanan untuk menjayakan kejohanan tahunan ini. Pelajar-pelajar yang mendapat pingat adalah seperti berikut :

Emas: Hafiz mansor, Ikhwan, Esther  
Perak: Afiq Zakwan, Arwin, Iza
Gangsa :Syazwan , Ammar Jufri,  Amir Rosli, Farhana

Pembarisan dari PKBP SMK Teluk Kumbar 2

Perasmian Acara Special Olimpik

Sesi suaikenal besama Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Pulau Pinang, En. Fadzil bin Abdullah

Larian mengikut kategori kelajuan

Menangan hadiah daripada wakil pelajar kami

Hafiz Mansor mendapat Pingat Emas antara pesaing kuat 

Ikhwan berjaya mendapat pingat emas 

" Kita Berjaya!!!"


Diharap semoga pada tahun yang akan datang PPKI SMKTK 2 akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

No comments:

Post a Comment