Thursday, 4 April 2013

PROGRAM JALINAN MESRA PPKI SMK TELUK KUMBAR 2 DAN PPKI SMK MENGKUANG

Interaksi sosial adalah salah satu aspek yang penting dalam pembinaan sahsiah pelajar terutama pelajar pendidikan khas. Oleh yang demikian, satu lawatan penanda aras ke PPKI SMK Mengkuang telah diadakan. Lawatan penanda aras yang diberi nama Program Jalinan Mesra Pendidikan Khas ini adalah untuk mewujudkan satu hubungan yang erat dan mesra antara pelajar pendidikan khas dan guru-guru serta berkongsi maklumat tentang aktiviti yang berfaedah kepada pelajar. 


Pada 20 Mac 2013, pelajar PPKI SMK Teluk Kumbar 2 telah dibawa melawat ke PPKI SMK Mengkuang. Rombongan dari PPKI SMK Teluk Kumbar 2 telah disambut dengan persembahan  nasyid dan tarian daripada pelajar PPKI SMK Mengkuang.

Ketibaan pelajar PPKI SMKTK 2
Persembahan Nasyid


Persembahan Tarian







Selain daripada persembahan, guru-guru dan  pelajar PPKI SMKTK 2 juga telah dibawa melawat sekitar kawasan PPKI SMK Mengkuang dan aktiviti-aktiviti pra-vokasional yang telah mereka jalankan. Bagi memeriahkan acara satu aktiviti sukaneka telah diadakan.



Aktiviti Sukaneka yang dijalankan







Program pada hari itu diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan bergambar bersama. Diharap program sebegini dapat diadakan lagi bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar, guru-guru. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

    Acara penyampaian hadiah   
                  sukaneka

Kenangan Bergambar Bersama
PPKI SMKTK 2 & PPKI SMK Mengkuang










No comments:

Post a Comment