Tuesday 5 February 2013

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PKBP 1

Pada 4 Februari 2013 yang lalu, guru-guru PKBP SMKTK2 telah mengikuti 1 program LDP yang bertajuk Asas Penanaman & Pembiakan Pokok Bunga.
Guru-guru telah diajar tentang asas penanaman dan pembiakan tumbuhan. Beberapa teknik pembiakan pokok seperti kacukan @ cantuman batang, keratan batang (propagasi) dan tut telah didedahkan. Selain itu juga guru-guru berpeluang untuk menyediakan sendiri medium semaian pokok.



 Guru- guru diberi penerangan oleh Pak Kop (tukang kebun sekolah) mengenai cara-cara yang boleh digunakan untuk pembiakan pokok..



Teknik dan kaedah pembiakan pokok..





 Cara yang betul untuk membuang kulit dahan pokok yang ingin dibiakkan.








Penyediaan medium semaian

Hormon penggalak akar yang digunakan.


Harapan semoga latihan yang diberikan ini dapat memberi serba sedikit pemahaman dan pengetahuan kepada guru-guru PKBP mengenai teknik yang betul untuk asas penanaman dan pembiakan pokok serta dapat membantu menjayakan Projek Nursery Pokok Bunga yang akan dijalankan tidak lama lagi. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


No comments:

Post a Comment