Tuesday 26 June 2012

Program Adaptasi dan Bersosialisasi


Satu Program  Adaptasi dan Bersosialisasi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran  telah diadakan pada 19 Jun 2012 dengan tujuan memberi pendedahan kepada  pelajar-pelajar Pendidikan Khas untuk bersosialisasi dengan dunia luar dan belajar melalui pengalaman sebenar berurusan dengan duit di kaunter bayaran. Aktiviti pada hari itu termasuklah bersarapan di KFC, Membeli-belah Berpanduan di Jaya Jusco dan Popular Bookstore, dan menonton wayang di panggung wayang.
Bergambar beramai-ramai di Qeensbay Mall. 
 
Berkerusi roda pergi menonton wayang. Mujurnya ada pembantu-pembantu yang terdiri dari ibu,  guru dan  rakan yang kuat dan baik hati ini.

Beratur membeli pop-corn dan minuman sebelum masuk tengok wayang.


Guided Shopping di Jaya Jusco
Melawat ke Popular Bookstores.

Meneliti barang yang harus dicari untuk aktiviti Guided Shopping.

No comments:

Post a Comment