Saturday 21 January 2012

Satu aktiviti sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan pada 20 Jan 2012. Disebabkan gangguan bekalan elektrik, aktiviti ini terpaksa diadakan di Medan Ilmu. Aktiviti dimulakan dengan tayangan video dan penjelasan tentang asal usul Tahun Baru Cina.

Pelajar juga didedahkan dengan cara kaum Tionghua menyambut Tahun Baru Cina, serba sedikit tentang makanan dan kepercayaan. Tahun Baru Cina bukan satu perayaan agama tetapi ialah perayaan kaum.

Satu kuiz diadakan. Penglibatan pelajar adalah baik.


Guru-guru PKBP kaum Cina menyampaikan limau yang membawa makna tuah kepada guru-guru dan PPM. 


Guru-guru kaum Cina yang sudah kahwin menyampaiakan Ang Pau  yang membawa makna  kasih sayang dan ucapan selamat serta limau kepada pelajar.

No comments:

Post a Comment